Mrs Panda
Dugaan
Wednesday, 20 November 2013 • 02:44 • 0 comments
Assalamualaikum,

Sahabat yang saya rahmati, hari ini saya akan menulis sebuah entry tentang dugaan.

 سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Setiap manusia tentu pernah mengalami pelbagai dugaan sepanjang hidupnya. Dugaan yang diberikan oleh Allah S.W.T bukan bermaksud Allah membenci kita ataupun tidak adil. Subahanallah, sesungguhnya semua ujian dan dugaan itu merupakan tanda Sayang Allah terhadap kita dan semua dugaan itu ada hikmah yang besar disebaliknya.

LA TAHZAN INALLAHA MA'ANA
Jangan bersedih kerana Allah bersama-sama kamu.

Setiap orang mempunyai ujian yang berbeza dikenakan ke atas mereka. Semua ini selari dengan ayat pada Surah Al-Baqarah apabila Allah menyatakan:

  
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
 ”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]


 BENTUK-BENTUK UJIAN YANG DIBERIKAN

Di dalam al-Quran, ada disebutkan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada kaum manusia hambanya. Antaranya adalah;
    1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
    2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
    3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
    4.  Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
    5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
    6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
    7.  Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
    8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
    9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
    10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)

Selain kita, Para Nabi juga telah diuji malah lebih berat daripada kita.

  1.  Nabi Adam diuji dengan pohon yang terdapat dalam Syurga Allah. 
  2.  Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. 
  3.  Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud.
  4.  Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail.
  5.  Nabi Luth diuji dengan kaumnya.
  6.  Nabi Yusuf diuji dengan wanita.
  7.  Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh.
  8.  Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah.
  9.  Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya.
  10.  Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang dikenakan dengan banyak, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib.
Sepanjang kita diberi dugaan, tipulah kalau tak pernah mengeluh walaupun sekali. Ibnul Qayyim mengatakan, “Sesungguhnya semua (musibah) yang menimpa orang-orang yang beriman dalam (menjalankan agama) Allah senantiasa disertai dengan sikap redha dan ihtisab (mengharapkan pahala dari-Nya). Orang mukmin pegangan mereka adalah sikap sabar dan ihtisab (mengharapkan pahala dari-Nya).
Ini akan meringankan beratnya beban musibah tersebut. Kerana setiap kali mereka menyaksikan (mengingat) balasan (kebaikan) tersebut, akan terasa ringan bagi mereka menghadapi kesusahan dan musibah tersebut. Adapun orang-orang kafir, maka mereka tidak memiliki sikap redha dan tidak pula ihtisab (mengharapkan pahala dari-Nya). Kalaupun mereka bersabar (menahan diri), maka (tidak lebih) seperti kesabaran hewan-hewan (ketika mengalami kesusahan). Sungguh Allah telah mengingatkan hal ini dalam firman-Nya,

وَلا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لا يَرْجُونَ

[ “Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari Allah apa yang tidak mereka harapkan.”] (Surah An Nisaa’: 104)

KESIMPULAN
Maka kita sebagai seorang muslim haruslah bersabar dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti akan ada perkara yang lebih baik menanti.

Wajib untuk kita bersabar, dan selain itu, untuk bersyukur kepada Allah Azza wa Jalla. Kerana orang yang diberikan musibah, atau ujian, pasti akan mendapat ganjaran dari Allah Azza wa Jalla, sebagaimana hadith yang datang pada awal tadi.

Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama-sama orang yang sabar!
Akhir kata, hayatilah firman Allah :

 يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين
[ ”Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.”] [al-Baqarah: 153]





PASTFUTURE
Owner
[Ierah]
My Status
>> Blogskin baru. Tadaa!
date : NOW
at:10 am


>> I Luv you!
date : 12/12/12
at: 12pm


>> Cinderella hilang kasut?
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

History

  • Zikir Ya Latiffu Ya Khafi
  • Menjawab Salam yang Disampaikan oleh Seseorang.
  • Yummy!
  • Friendship ♥
  • My Little RP World.
  • Bersabar Selagi Boleh

  • D' Credits
    Basecode : N.Afiqah
    Template : Inspirit's Baby
    Edited : Chiah