Bersabar Selagi Boleh
Sunday, 27 October 2013 • 02:35 • 0 comments AssalamualaikumHi! I'm back. Anak siapalah yang masih bangun nih? Lewat malam ni. Tak takut ke? kno :3 KENAPA AKU BUAT TITTLE MACAM ITU? "Bersabar selagi boleh" merupakan kata mama Eyrah yang tersayang. Dia bagitau Eyrah semasa Eyrah tengah depressed sangat-sangat. Rasa nak mati pun ada. Mama bagitau kat Eyrah, " Anak mama ni belajar agama sejak tadika lagi. Sepatutnya adik bersyukur sebab adik terpilih. Hanya adik dan abang adik je yang terpilih, kan?" Eyrah mengia-iakan je kata-kata mama. Eyrah tahu wasiat arwah nenek yang terakhir adalah, arwah nak Eyrah ngan abang tamat persekolahan. Sekolah Agama. Tapi Eyrah minta maaf sangat-sangat kat Nenek Amoi yang tersayang. Eyrah tak dapat menunaikan hasrat nenek. Eyrah sikit lagi hendak menghidap penyakit kemurungan. Disebabkan oleh KAWAN. Nenek, sakit kan kalau kawan makan kawan? Eyrah hanya mampu tersenyum walaupun kena maki oleh kawan baik sendiri. Eyrah berkorban untuk diorang. Eyrah berhabisan tenaga, Eyrah sakit, dan Eyrah hanya mampu tersenyum. Sampai satu masa, Eyrah ternampak statement kawan baik Eyrah sendiri dalam Facebook kawan Eyrah, Eika. Kawan Eyrah telah memanggil Eyrah dengan nama haiwan yang paling terkenal dalam abad ini iaitu "BAB*". Hanya Allah je faham akan perasaan Eyrah. Eyrah menangis bagitau kat mama. Mama bagitau, "Bersabarlah, itu hanya dugaan daripada Allah" Aku hanya mengangguk. Sehingga malam keesokkannya, Eyrah tidak sedarkan diri Eyrah. Eyrah dimasukkan ke dalam hospital. Dalam kawasan yang bewarna kuning. sedikit lagi hendak Kritikal. Badan Eyrah lemah sangat. Doktor cucuk sana-sini sampai banyak parut-parutnya. SAKITLAH DOKTOR! haha. Tahun ini, Eyrah ditukarkan ke sekolah lain. Bukan sekolah yang bertitle "Agama" lagi. This is my first time bercampur dengan non-muslim. Pertama kali Eyrah tengok laki dan perempuan bertepuk tampar. Gelak sama-sama, walaupun agama Islam. Eyrah hanya mampu mengucap sahaja. Paling untungnya, Eyrah sama kelas dengan childhood friend Eyrah, Hafeeqa. Dia comel tau? (sempat memuji pulak) Mula-mula, Eyrah memang awkward dengan suasana yang agak sosial then lama-lama terbiasa dah. Tapi bab-bab pegang memegang ni, Eyrah ANTI sangat. Selama ni, Eyrah hanya terperap dengan org-org muslim. Eyrah hanya tahu perangai diorg yang dididik dengan agama sejak kecil. Tetapi, baru Eyrah kenal dengan dunia luar ini. Dunia yang penuh dengan lakonan. Dunia yang amat memeritkan dan menyakitkan. Baru Eyrah tahu hidup di dunia ini tidak seindah yang disangka. And again, my mom told, "Hidup dalam dunia ini banyak dugaannya, sayang. Kita hanya mampu bersabar. Mama pun pernah merasai semua itu. Malah lebih teruk lagi drpd kamu, sayang" Aku menangis mendengar kata-kata mama. TAPI KENAPA SEKARANG EYRAH TAK DAPAT MENGAWAL PERASAAN MARAH EYRAH? SAKIT MAMA. :'( |
Owner
![]() My Status
♥ >> Blogskin baru. Tadaa!
date : NOW
at:10 am
♥ >> I Luv you!
date : 12/12/12
at: 12pm
♥ >> Cinderella hilang kasut?
date: 1/1/2190
at: 13.12pm
History D' Credits
|